Assalamualaikum semua.lama sudah tidak update blog aku ni.lebih kurang 2 tahun aku tidak menulis blog.2 tahun ni banyak yang berlaku.susah senang,suka duka.skang aku banyak terlibat dengan ULTRAS MALAYA.aku tahu korang mesti sudah ramai tahu pasal ULTRAS MALAYA.Selain ULTRAS MALAYA,aku dan beberapa rakan aku sepakat untuk menubuhkan ULTRAS TRANUNG (ultras terengganu). kami bermula dengan 4 orang,syukur sekarang sudah bertambah.ULTRAS ni adalah budaya baru di malaysia.kami akan hadir ke stadium memberi sokongan selama 90 minit tanpa henti.kami akan BER-CHANTS (bersorak) and membuat TIFO (menari).untuk memberi sokongan kepada pasukan kami.syukur sekarang hampir semua negeri ada ultras negeri masing2..dan budaya ultras di malaysia adalah yang terunik kerana semua ultras negeri di bawah 1 bumbung iatu ULTRAS MALAYA.kami berharap budaya ULTRAS ini dpt di terima oleh semua lapisan umur di malaysia.
Monday, March 21, 2011
Tuesday, July 6, 2010
Cara Untuk Lupakan Si Dia
Biasa la bila bercinta semuanya indah… Memang tak dapat lupakan si Dia. Makan ingatkan si Dia, tidur ingatkan si Dia, mandi ingatkan si Dia… Boleh kata dalam apa jua hal pun memang teringatkan si Dia la.
Tapi masalahnya bila dah putus cinta pun masih ingatkan si Dia. Susah nih… Jadi di sini ada sedikit tips kepada sesiapa yang ingin lupakan si Dia kamu.
Terima Hakikat
Pertama sekali and perlu menerima hakikat si-Dia anda bukan lagi milik anda. Anda perlu belajar untuk menerima kenyataan bahawa pertemuan akan berakhir dengan perpisahan dan perpisahan adalah permulaan kepada pertemuan.
Siapa kata melarikan diri tidak menyelesaikan masalah ? Memang melariakan diri tidak akan menyelesaikan masalah tetapi ia dapat mengurangkan tekanan anda. Cuba anda pergi ke satu tempat yang agar jauh dari tempat anda dan rehatkan minda anda. Tapi jangan la buat kerja gila dengan pergi ke tempat anda date dengan si-Dia anda.
Buang jer hadiah tu
Bunga ke… Jam ke… Penanda buku ke… Novel ke… Anda buang sahaja hadiah tu… Mungkin ia seperti anda tidak menghargainya namun itulah yang terbaik. Atau anda pulangkan kembali hadiah itu kepada si Dia. Walaubagaimanapun jangan jual hadiah itu kerana anda seperti menghina pemberian si Dia. Dan satu lagi kalau si-Dia bagi anda hadiah seperti rantai emas berjumlah RM5000 saya rasa takyah laa buang hadiah tu.
Berdoa & Bertawakal
Ini adalah solution yang terbaik dan potion bagi segala-galanya. Berdoa lah kepada-Nya agar diberi kekuatkan jiwa dalam menghadapi dugaan dalam kehidupan dan diberikan pasangan yang serasi.
Posted by TepungPelita at 2:52 PM 0 comments